Menulis blog gaya Malay.

Ramai orang beritahu saya yang saya sepatutnya menggunakan Bahasa Malaysia lebih daripada bahasa yang digunakan di blog ini iaitu Bahasa Inggeris. Baiklah, cabaran diterima. Saya mendapati bahawa menulis blog menggunakan bahasa ini adalah agak susah berbanding dengan menggunakan Bahasa Inggeris yang saya sudah terbiasa akannya. Oh, dan saya memang tidak menggunakan Google translate untuk pos ini. Hey, saya orang Melayu dan amat bangga dengan kenyataan itu. Baiklah saya mengaku.. saya telah menukar perkataan kenyataan melalui Google translate sebab saya tidak tahu apa statement dalam BM. Tetapi hanya satu perkataan sahaja. Okay! Saya juga telah menukar berbanding, terbiasa, dan pos. Samanlah saya.

Saya tahu, saya amat menyedihkan. Sebagai orang Melayu yang tidak selalu menggunakan bahasa tanah airnya sendiri dan tidak fasih menulis dengan bahasa itu adalah sangat menyedihkan. Sekurang-kurangnya saya sedang mencuba yang terbaik. Dan sudah tentu saya tidak akan mencemari bahasa ini dengan menggunakan bentuk pendek, menukar ejaan perkataan contohnya(saya ambil ini daripada blog kepunyaan seorang Melayu yang tipikal);
Today pegi skola dlm keadaan terpaksa, tapi akhirnye redha dan bersyukur kerana esok diberi harapan bahawasanya akan dpt mknan free spe yg dtg arini.
Yes. MKN<3
Awak serius ke? Saya dan ramai lagi orang(saya harap) amat benci akan penggunaan bahasa seperti diatas. Tolonglah, jangan sesekali cuba untuk menulis text, blog, surat, dll. seperti itu. Anda tahu siapa anda. Saya rasa ianya tidak mengapa apabila ayat-ayat ditambah lah atau ke atau doh kerana itu adalah slang orang Malaysia. Tetapi janganlah sampai macam contoh diatas.

Baiklah. Saya tahu ini adalah perkara yang pelik untuk dibaca. Dan cara saya menggunakan Bahasa Malaysia di pos ini macam... tak biasa sebab agak formal. Saya cuma ingin menyampaikan kepada kamu semua yang kita perlulah menggunakan Bm dengan cara yang betul. Okay, tipu je. Sumpah pelik gila type macam ni. Tolonglah. Saya? Haha memang tak ah. Haih gelak sorang-sorang pulak. Okay, selamat tinggal! 
Nota kepada diri sendiri : Jangan cuba type macam ni, lagi.

No comments:

Post a Comment